skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.       +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365       +603 - 7772 6655       operation@femac.org.my

Pelantikan Ahli – ahli Exco FeMAC

Pelantikan Ahli – ahli Exco FeMAC sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Pembangunan Kemahiran (MPKK). Pihak FeMAC mengucapkan tahniah kepada Ahli – ahli Exco FeMAC yang telah dilantik oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Pembangunan Kemahiran (MPKK) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada 20 Disember 2019. Surat pelantikan tersebut telah di terima oleh pihak FeMAC pada 8 Januari 2019 dan mesyuarat pertama diadakan pada 26 Januari 2019 bertempat di Bilik – bilik mesyuarat Kementerian Sumber Manusia.

Tujuan Jawatankuasa MPKK ini ditubuhkan adalah untuk :

  • Meningkatkan tadbir urus TVET yang lebih efektif.
  • Mengharmonikan hubungan pemain TVET dengan regulatory body yang lain.
  • Merangka kaedah pembiayaan yang lebih mampan.
  • Meningkatkan mekanisma pelaksanaan latihan yang lebig efisien selaras dengan keperluan industri negara.
  • Meningkatkan kerjasama strategic diantara Kerajaan, industri serta pusat latihan bagi merancakkan pelaksanaan TVET.
  • Rebranding serta meningkatkan penerimaan masyarakat berkaitan TVET.

Berikut adalah nama – nama ahli FeMAC dan jawatan yang dilantik.

  1. Ts. P. Sailanathan – Pengerusi – Ahli Jawatankuasa Kerja Pembiayaan Latihan
  2. Tn Hj Mazmadi Bin Mohamad – Ahli Jawatankuasa Kerja Pembiayaan Latihan
  3. En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan – Ahli Jawatankuasa Kerja Tadbir Urus TVET
  4. Dr. Ravithiran a/l Ramasamy – Ahli Jawatankuasa Kerja Pensijilan dan Pengiktirafan
  5. Pn Shahralin Binti Abdul Hamid – Ahli Jawatankuasa Kerja Promosi

 

Sekali lagi Pihak FeMAC mengucapkan tahniah kepada Ahli – ahli yang terpilih.

Back To Top