skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.       +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365       +603 - 7772 6655       operation@femac.org.my

Apa itu RPEL ?

Satu kaedah penilaian terhadap pekerja mahir untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa dalam bidang kemahiran tertentu berdasarkan pencapaian terdahulu berpandukan National Occupational Skills Standards (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Siapa Pelaksana Program RPEL?

Program RPEL dibawah tajaan PSMB adalah satu program jalinan kerjasama pihak awam dan swasta diantara FeMAC, PSMB dan JPK secara berkesan, cekap dan bersama, dalam melahirkan perkerja mahir serta mengarusperdanakan latihan kemahiran yang dapat memenuhi keperluan industri dan individu secara berkesan.

FeMAC merupakan satu-satunya badan yang diiktiraf dan mewakili Pusat Bertauliah Swasta bagi menjalankan aktiviti PB-PPT Khas yang merangkumi semua bidang kemahiran NOSS. FeMAC juga merupakan badan tunggal yang mewakili Pusat Bertauliah Swasta dalam semua agenda membabitkan Dasar Kemahiran Kerajaan. Setakat ini, terdapat 285 buah Pusat Bertauliah Swasta yang berdaftar sebagai ahli FeMAC diseluruh Malaysia merangkumi kesemua 29 sektor NOSS.

Mengapa Anda Perlukan RPEL?

Program RPEL dibawah tajaan PSMB adalah bertujuan membangunkan minimum 35% tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan nilai dan sikap positif, bagi membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa sejajar hasrat kerajaan bagi mencapai negara maju menjelang 2020.

Selain itu juga, dengan memiliki DKM ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap individu.

Golongan Sasar Calon-calon RPEL

Pekerja yang di perlukan untuk mengikuti kursus RPEL hendaklah masih berkhidmat dengan syarikat yang berdaftar serta membayar levi pekerja di PSMB, mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/ sikap yang sesuai bagi menentukan kejayan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dalam organisasi.

Mereka juga hendaklah mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun dalam bidang yang dipohon.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Unit 2-12, Tiara Mutiara, No. 139, Batu 6,
Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603 7773 3365 / +603 7772 6655
Faks: +603 7772 6655

Email :
limpahilham@gmail.com
farid.ksc@gmail.com
zulia.lisb@gmail.com
ismailkamijan@gmail.com

Sila hubungi:
En. Farid Bin Hj. Ismail 019 381 8855
En. Ismail Bin Kamijan 013 786 1638
Pn. Zulia Bt. Jaafar 013 388 6318

Back To Top