Taklimat Permohonan Dana PTPK
Pada 13hb Februari 2019 pada jam 2.00 petang telah berlangsungnya sesi taklimat PTPK berkenaan Permohonan Dana PTPK anjuran FeMAC. Di dalam taklimat tersebut En Norizan bin Kamarudin telah mewakili PTPK sebagai penceramah pada majlis tersebut.
En Norizan telah menerangkan kepada semua ahli FeMAC berkenaan pengagihan Dana PTPK yang mana tiada lagi sistem kuota dijalankan. Ramai ahli FeMAC telah bertanya soalan berkenaan permohonan dana serta pelepasan dana. Dimana kebanyakan soalan – soalan tersebut telah pun di jawab secara spontan oleh En Norizan dan beberapa soalan telah diminta oleh En Norizan untuk diemel kepada pihak PTPK untuk dijawab secara bertulis.
Untuk itu dari pihak FeMAC amat berterima kasih kepada kesemua ahli FeMAC yang telah hadir pada majlis tersebut dan ucapan terimakasih yang tak terhingga kepada pihak PTPK yang telah sudi untuk menyediakan Dewan bagi majlis Taklimat di sesi pagi dan petang.