skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli-ahli FeMAC yang dihormati.

Adalah dimaklumkan bahawa pengagihan kuota PTPK 2016 untuk Lepasan Sekolah akan dibuka secara atas talian (online) pada 1st January 2016 hingga 15th January 2016.

Berikut merupakan beberapa langkah dan perkara yang perlu diisi oleh setiap Pusat Latihan.

  1. Masuk kedalam website dan klik bahagian PENYEDIA LATIHAN
  2. Klik Sistem Pengurusan Pinjaman dan Log masuk
  3. Pilih capaian program “Kuota Kursus” di sebelah atas dan kiri anda
  4. Kemudian klik ikon “Mohon Kuota” disebelah atas kanan anda.
  5. Kemudian pilih kod kemahiran
  6. Masukkan kuota yang ingin dipohon
  7. Diruang catatan, PL perlu mengisi keterangan keperluan kuota yang dipohon.
  8. Seterusnya pilih capaian program “Dokumen” di bahagian atas.
  9. Klik muat naik dokumen kerjasama strategic dan MOU dengan industry/majikan.
  10. Muat naik dokumen kerjasama strategic atau MOU dengan industri.
  11. Nyatakan keterangan ringkas mengenai dokumen yang dimuatnaik
  12. PL perlu mengulangi langkah 4 untuk permohonan kuota bagi kod kemahiran yang lain.

 

2. KEUTAMAAN PENGAGIHAN KUOTA

  • Penarafan bintang JPK
  • PL yang mendapat penarafan 4 dan 5 bintang akan diberi keutamaan pengagihan kuota
  • Prestasi penggunaan kuota tahun terdahulu
  • Prestasi kutipan bayaran balik meliputi bayaran balik oleh bekas peminjam mahupun personel yang sedang berkhidmat
  • Program yang telah menggunakan NOSS yang baru
  • Pembiayaan ke atas program NKEA (70%) dan NON NKEA (30%)
  • Kerjasama strategic/perkongsian kos yang diadakan dengan industry/majikan
  • Program nilai tambah (value add) yang ditawarkan
  • Maklumat penempatan pekerjaan pelatih
  • Kejayaan (success story) pelatih terdahulu
  • Kelulusan kapasiti oleh JPK bagi setiap program yang dijalankan.

 

  1. Pada tahun 2015, Hanya 4 kali sesi sahaja akan dibuka untuk Pengurusan Pinjaman Latihan. Berikut merupakan tarikh -tarikh untuk perhatian Pihak Tuan/Puan :
  • Agihan 1/2016 – 1st Januari – 15 Mac
  • Agihan 2/2016 – 1st Mei – 15th Jun
  • Agihan 3/2016 – 1st Ogos – 15th September
  • Agihan 4/2016 – 1st November – 15th Disember
  1. Semua Pusat dikehendaki menyediakan Laporan Prestasi Pelajar sepanjang tahun daripada Januari hingga Disember 2015, dan menghantar Laporan tersebut kepada Bahagian Bayaran Balik Pinjaman PTPK selewat-lewatnya hujung Januari 2016.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

Back To Top