skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Perbincangan Bersama Dr Hj Faizal

Satu perjumpaan bersama Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Kawal Selia telah diadakan pada 21 Februari 2020 berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Dalam hasil perjumpaan tersebut ke semua data yang dikumpulkan dari ahli FeMAC berkenaan permasalahan penarafan bintang taun 2019 telah dirangkul dan dibentangkan pada hari tersebut.

Dari hasil pertemuan tersebut keputusannya adalah Pusat – pusat bertauliah yang telah menghantar rayuan berkenaan keputusan penarafan bintang kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) agar menghubungi segera Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia untuk diadakan pembincangan berkenaan penarafan bintang yang diperolehi.

Pihak FeMAC ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dr Hj Mohd Faizal Bin Tokeran, Pn Siti Rom Bt Darman dan pegawai – pegawai JPK yang hadir dalam mendengar permasalahan yang dihadapi oleh ahli – ahli FeMAC berkenaan penarafan bintang.

Back To Top