skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

TAWARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA 2015/2016

TAWARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA 2015/2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Ahli FeMAC.

Utuk makluman ahli FeMAC, pihak FeMAC telah mendapat tawaran bagi menjalankan program Pengiktirafan Pencapaian Terdahlu (PPT) untuk Program Pembangunan Sosioekonomi khusus untuk Masyarakat India.

Kami memohon kepada semua ahli FeMAC yang ingin menghantar mana-mana calon yang berminat menyertai program, sila hantarkan maklumat calon kepada alamat email : operation@femac.org.my.

Syarat-syarat bagi menyertai program ini adalah :

  1. Calon mestilah berbangsa India
  2. Umur calon daripada 18 tahun hingga 40 tahun
  3. Warganegara Malaysia
  4. Mempunyai pengalaman kerja minimum 2 tahun dalam bidang yang berkaitan.
  5. Permohonan yang dipohon adalah merangkumi tajuk-tajuk didalam NOSS yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi pelaksanaan PPT.
  6. Program ini adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak SEDIC-Jabatan Perdana Menteri. 
  7. Tajaan pelaksanaan PROGRAM hanyalah tertakluk kepada satu tahap persijilan SKM sahaja. 
  8. Bagi calon yang layak untuk mengikuti program Single-Tier adalah dialu-alukan untuk memohon. 
  9. Calon adalah diwajibkan melengkapkan segala syarat- syarat program PPT dan memastikan mengikuti program PPT sehingga tamat.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC ditalian 019-381 8855.

Terima Kasih.

Back To Top