skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

UNDANGAN DELEGASI DAN PAMERAN AGENSI/ INSTITUT TVET KE MAJLIS PELANCARAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

UNDANGAN DELEGASI DAN PAMERAN AGENSI/ INSTITUT TVET KE MAJLIS PELANCARAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan,

UNDANGAN DELEGASI DAN PAMERAN AGENSI/ INSTITUSI TVET KE MAJLIS PELANCARAN
LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Seperti YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan sedia maklum,
Majlis Pelancaran Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan diadakan pada
ketetapan yang berikut:

Tarikh             :17 November 2016 (Khamis)
Masa              : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat           : Dewan Tun Abdul Razak
Bank Rakyat Convention Centre
Menara Kembar Bank Rakyat
No. 33, Jalan Rakyat
50470 Kuala Lumpur.

3.         Oleh yang demikian, pihak Lembaga memohon kerjasama pihak YBhg.
Datuk/ Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan untuk turut sama membawa delegasi
sekurang-kurangnya seramai 50 orang daripada setiap agensi/institusi TVET
bagi memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran dan juga sokongan agensi/
institusi TVET dapat mendokong aspirasi penubuhan MBOT untuk menaik taraf
dan mengarusperdanakan pendidikan teknologi dan teknikal negara.

4.         Dalam perkara yang sama juga, sukacitanya pihak Lembaga memohon
kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan untuk turut serta
serta dalam Pameran Lembaga Teknologis Malaysia yang akan diadakan pada sesi
yang sama bagi mempamerkan bahan-bahan berkaitan dengan agensi/institusi dan
Lembaga.

5.         Pihak Lembaga akan menyediakan Shell Scheme booth bersama dengan
alatan asas pameran. Adalah dimaklumkan bahawa pihak pempamer boleh memasang
bahan-bahan pameran bermula selepas waktu pejabat pada 16 November 2016 dan
setiap pameran hendaklah lengkap dan tersedia bermula jam 10.00 pagi pada 17
November 2016. Bersama-sama ini dikemukakan surat undangan rasmi ke Majlis
Pelancaran dan Pameran Lembaga Teknologis Malaysia untuk perhatian YBhg.
Datuk/ Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan. Sebarang tambahan perincian teknikal dan
logistik berkenaan pameran tersebut akan dikemukakan oleh pihak urus setia
dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan dalam
menjayakan pameran ini amatlah dihargai. Pengesahan kehadiran bolehlah
dibuat di pautan https://goo.gl/forms/QSTWZmpXwCfeHnDH2. Sebarang pertanyaan
atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada Encik Nazrol bin Marzuke di
talian 012-9141450 atau saya di talian 012-6624266.

Sekian,

Terima Kasih.

Back To Top