TVET CONFERENCE 2019 ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Selama 2 hari iaitu pada tarikh 8 dan 9 Julai 2019 bertempat di Hotel Marriot Putrajaya telah berlangsung TVET Conference 2019 dengan tajuk “Human Capital Development to Enhance Future Skills Agenda” anjuran Kementerian Sumber Manusia.
Pada majlis tersebut 11 panel dari dalam dan luar luar negara telah membentangkan tajuk masing-masing berkenaan pembangunan TVET dan arah tuju Malaysia dalam I.R 4.0 secara global. Majlis yang telah dirasmikan oleh YAB Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah dihadiri oleh Exco Kebangsaan FeMAC dan ahli -ahli FeMAC.
Di dalam TVET Conference tersebut banyak input yang telah diperolehi dari panel – panel pembentangan dan menjadi satu arah tuju kepada semua pusat – pusat bertauliah ahli FeMAC dalam penyediaan latihan dimasa kini dan akan datang. Untuk itu pihak FeMAC berharap agar input yang diberi dapat memberi menafaat kepada keseluruhan ahli FeMAC, khususnya para pelajar dan tenaga pengajar. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan info serta isi pembentangan (video) bolehlah log in ke Facebook rasmi FeMAC.