Taklimat Modular Anjuran FeMAC
Pada 13 Februari 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Aras 16, telah berlangsungnya taklimat Modular yang dianjurkan oleh FeMAC.
Di dalam Majlis tersebut turut dijemput En Mohamad Aizuddin bin Saedon dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai penceramah pada hari tersebut.
Pada mulanya program tersebut di rancang di dalam kumpulan kecil sekitar 30 orang kehadiran bertempat di Bilik Mesyuarat FeMAC. Tetapi disebabkan ramai ahli FeMAC yang ingin hadir maka lokasi tersebut terpaksa di tukar ke PTPK dan jumlah kehadiran adalah sekitar 120 orang yang hadir.
Sebelum berlangsungnya majlis tersebut, tetamu jemputan iaitu Pemangku Ketua Eksekutif PTPK En Mohd Fathullah bin Mustafa telah memberi penerangan serba sedikit mengenai Dana PTPK di mana majlis Taklimat PTPK diadakan pada sesi petang.
Pihak FeMAC mengharap program tersebut dapat memberi manafaat kepada semua ahli FeMAC yang hadir.