TAKLIMAT KERJASAMA DIANTARA PENYEDIA LATIHAN SWASTA DAN PERKESO
Bertempat di Dewan Kenanga, Wisma PERKESO pada 27hb September, pihak FeMAC telah dijemput oleh Unit Latihan & Vokasional, Pertubuhan Keselamatan Sosial bagi menghadiri taklimat kerjasama diantara penyedia latihan swasta dan PERKESO.
Buat pertama kalinya PERKESO menjalinkan kerjasama dengan penyedia latihan swasta di bawah Program Faedah Latihan Vokasional, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
Taklimat yang dijalankan ini merupakan strategi bagi mengorak langkah untuk kerjasama lanjut dengan dengan pihak FeMAC dalam memberikan perkhidmatan latihan vokasional yang lebih menyeluruh.
Ramai diantara wakil dari Pusat Bertauliah ahli FeMAC telah hadir pada taklimat tersebut dan diharap kerjasama diantara FeMAC dan PERKESO dapat membantu di dalam latihan Vokasional bagi pencarum PERKESO di seluruh Malaysia.