Taklimat COPTA
Pada 19 Oktober 2019 bertempat di Auditorium CIAST Shah Alam, pihak FeMAC telah dijemput ke Taklimat Berkenaan Pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET (Code of Practice for TVET Programme Accreditation,COPTPA).
Tujuan taklimat tersebut adalah susulan dari persetujuan Jemaah Menteri bagi penubuhan Jawatankuasa Teknikal Bersama (Joint Technical Committee, JTC) Jaminan Kualiti TVET yang dianggotai oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), wakil beberapa Kementerian dan pakar TVET.
Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah bagi menyelaras dasar dan proses jaminan kualiti program TVET.
Oleh itu pihak JPK telah memanggil pihak FeMAC dan ahli – ahli FeMAC bagi mendengar penerangan berkenaan taklimat tersebut. Juga pada sebelah petangnya pihak JPK telah menjemput ahli – ahli FeMAC untuk sesi Taklimat Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Berasaskan Kredit.