SESI TAKLIMAT “STRATERGIC INITIATIVE TRAINING PROGRAMME” UNTUK AHLI – AHLI FeMAC
SESI TAKLIMAT “STRATERGIC INITIATIVE TRAINING PROGRAMME” UNTUK AHLI – AHLI FeMAC OLEH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB)
Pada 26 Ogos 2019 (Isnin) bertempat di Dewan Auditorium, Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah diadakan satu sesi taklimat berkenaan “STRATERGIC INITIATIVE TRAINING PROGRAMME”.
Tujuan untuk diadakan sesi tersebut adalah bagi memantapkan lagi pengetahuan ahli – ahli berkenaan tatacara pendaftaran program RPEL, SLDN/Perantisan, program “Generate” dan lain-lain program yang ditawarkan dibawah PSMB.
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh 2 orang pegawai wakil PSMB iaitu En Soffian Bin Mohammed Amin dan En Hafez Kamarudin.
Pihak FeMAC mengucapkan terima kasih kepada pihak PSMB yang sudi mengadakan sesi taklimat dan juga ahli – ahli FeMAC yang telah hadir pada sesi taklimat tersebut.