
Salam Sejahtera kepada Ahli FeMAC,
Untuk makluman semua, disini FeMAC sertakan senarai nama 45 PB yang berdaftar sebagai Pelaksana FeMAC PP/PPT KHAS. ( 45 PB-PPT FeMAC )
Untuk makluman semua ahli, sehingga setakat 10 November 2016, kami telah berjaya mendaftar calon RPEL/PPT di PSMB seramai 1,400 calon daripada 3,400 calon yang dikehendaki oleh PSMB.
Antara program-program mengikut bidang NOSS yang telah didaftarkan untuk calon Program RPEL / PPT ini adalah :
- Pembuat Pakaian Wanita
- Pengurusan Pejabat
- Elektrik
- Pembuatan dan Penyediaan Makanan
- Automotive
- Sistem Komputer
- Transpotation
- Pertanian dan Asas Tani
- Welding
- dan lain-lain bidang yang terdapat di dalam NOSS.
Tarikh : 12 November 2016
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Penceramah : Pn Suhaila , Ketua Penolong Pengarah Unit PPT, JPK Cyberjaya.
Pihak FeMAC akan menganjurkan Bengkel Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) bertempat di Bilik Training FeMAC. Seramai 32 calon telah berdaftar dan akan mengikuti bengkel ini.
Antara calon-calon dari Pusat Bertauliah yang hadir adalah :
- Akademi Suria
- Suria College of Hospitality
- Institut Kemahiran I.T Base
- Institute Hospitality and Tourism
- Bakticon
- Miraj Akademi
- dan juga PB-PB lain
