skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Pertemuan FeMAC Bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka (UPEN Melaka)

  • News
Pertemuan FeMAC Bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka (UPEN Melaka)

Pada 9hb April 2019 hari Selasa telah berlangsung satu perjumpaan bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka dan FeMAC bertempat di Seri Negeri, Melaka. Turut hari hadir pada pertemuan tersebut adalah Dato’ Salhah Binti Salleh ,Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan En Hanif Bin Baharom, Penolong Setiausaha Kerajaan bersama Presiden FeMAC – Ts P. Sailanathan, Setiausaha Agung – En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan, Exco FeMAC – Pn Marzaroten Binti Yahya dan juga wakil Pusat Bertauliah PLP  Skill Institute Chef Rizwandy Bin Perin.

Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk mengadakan hubungan erat di antara UPEN Negeri Melaka dan ahli – ahli FeMAC di seluruh Negeri Melaka. Pihak FeMAC juga telah membentangkan nama – nama Pusat – pusat Bertauliah yang berada di Melaka untuk diambil maklum oleh pihak UPEN Melaka dan juga mencadangkan kerjasama diantara UPEN dan PB – PB Ahli FeMAC di dalam pelbagai bidang latihan TVET.

Dalam pada itu juga, pihak FeMAC telah menghantar surat rasmi ke UPEN dan BPEN setiap negeri diseluruh Malaysia. Pihak FeMAC telah menerima maklum balas daripada beberapa negeri dan sedang merangka jadual untuk pertemuan bagi negeri – negeri yang telah menjemput Pihak FeMAC dalam waktu yang terdekat ini.

Pihak FeMAC menjangkakan dari hasil  pertemuan tersebut akan dapat mengeratkan lagi hubungan PB – PB Ahli FeMAC dengan Kerajaan Negeri masing – masing dalam membangunkan industri pembelajaran TVET dan kebolehkepekerjaan di dalam sektor TVET.

Back To Top