PERSIDANGAN KEMAHIRAN DAN SESI DIALOG ANTARA PUSAT BERTAULIAH SWASTA FeMAC, JPK, PTPK DAN CIAST BAGI TAHUN 2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli FeMAC,
Presiden dan barisan Exco FeMAC ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir pada majlis persidangan dan sesi dialog yang berlangsung pada 28 Februari 2017 bertempat di Auditorium CIAST. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan di dalam persidangan tersebut, kami ingin memohon maaf kerana yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu adalah daripada kesilapan pihak kami sendiri.
Kami berharap agar majlis ini dapat memberikan manfaat kepada semua ahli FeMAC dan dapat membantu ahli-ahli FeMAC menyelesaikan isu-isu yang sering diadukan kepada FeMAC.
Sehubungan dengan itu, dilampirkan pembentangan-pembentangan yang telah dibentangkan oleh PTPK dan JPK semalam untuk rujukan Pihak Tuan/ Puan semua.
- PTPK – sila refer email kerana fail tidak dapat dimuatnaik kerana melebihi berat muatnaik
- JPK PENGUATKUASAAN – Taklimat Nasda femac 28 feb 2017
- JPK MOSQ – SLIDE PERSIDANGAN FEMAC 2017 ZULEAH
- JPK NOSS – SLIDE FEMAC
Selain itu, mana-mana ahli FeMAC yang masih belum membayar pembaharuan yuran tahunan, sila hubungi Puan Syafiqah untuk menyemak status PB anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC ditalian 019-3818855.
Sekian, Terima Kasih.