PERJUMPAAN FeMAC BERSAMA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, YBHG DATO’DR GHAZALI ABAS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Ahli FeMAC,
Adalah dimaklumkan kepada semua ahli bahawa Exco Pengurusan FeMAC dan juga beberapa orang ahli FeMAC telah berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg Dato’Dr Ghazali bin Abas pada 29 November 2017 yang lalu.
Perjumpaan ini yang diketuai oleh Presiden FeMAC,Mr Sailanathan, Timbalan Presiden FeMAC, Haji Mazmadi bin Mohamad, 2 orang Naib Presiden 1 dan 2 iaitu Dr Ravinthiran dan Dr Helminiry, Setiausaha Agung FeMAC, En Mohamad Farid bin Ismail dan juga Honourable Datuk Nasir manakala wakil pihak Kementerian Sumber Manusia iaitu YBhg Datuk Dr Ghazali Abas, Ketua Pengarah JPK,En Nidzam Kamarulzaman, Penangung tugas Ketua Eksekutif PTPK, En Ismarizal Ismayatim, Pn Mek Eshah (Bhg Bayaran Balik) , En Norizan (Bhg. Pinjaman Latihan Kemahiran dan juga En Zulkifli bin Hamsam (Bhg.Kewangan Korporat, Pelaburan dan Akaun).
Pihak FeMAC telah membentangkan jumlah peruntukan PTPK yang diperlukan oleh ahli FeMAC pada tahun 2018 serta perancangan kerjasama awam dan swasta sebagai salah satu strategi pembangunan TVET yang praktikal. Setelah meneliti pembentangan oleh FeMAC, YBhg Dato’Dr Ghazali meminta pihak FeMAC untuk menghantar kertas kerja yang merangkumi cadangan-cadangan berikut bagi melahirkan pekerja mahir berpendapatan tinggi sekaligus boleh menyumbang kepada pendapatan negara menjelang tahun 2020.
- Effective strategy on collection due from ex-TVET student by each PB
- Employability – Student in industry
- Quality workforce
- Good Governance – between PB, industry & stakeholders (JPK)
- Monetarism
- MOA with industry
- PPP – Public Private Partnership
- Towards Industry 4.0
- Improvement on PB standard (star rating)
- Upskilling and Reskilling PP
- PTPK will look into others resource of funding e.g. BANKS,KWSP, PSMB
Untuk makluman semua ahli, pihak FeMAC sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan kertas kerja akan menghantar kertas kerja tersebut dan akan diserahkan kepada YBHg Datok Dr Ghazali dengan kadar yang segera. Semua ahli akan dimaklumkan mengenai perkembangan terkini.
Berikut dilampirkan slaid yang dibentangkan oleh FeMAC semasa perjumpaan tersebut. Mana-mana ahli yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai slaid ini, bolehlah menghubungi P.Sailanathan, Presiden FeMAC ditalian 019-2148247 atau Haji Mazmadi bin Mohamad, Timbalan Presiden FeMAC ditalian 012-4750151 atau Dr Ravinthihran, Naib Presiden 1 ditalian 019-6622944, Naib Presiden 2, Dr Helminiry ditalian 012-3019952 atau En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC.
Sekian,terima kasih.
PROPOSAL FOR KSU 2018