skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Perjumpaan Bersama Pn Mek

Perbincangan FeMAC bersama PTPK pada 3 Mac 2020 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 27, PTPK


Pada 3 Mac 2020 satu perjumpaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 27, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn Mek Eshah Binti Awang, Pengurus Besar Operasi telah memberi penerangan berkenaan dana pinjaman yang telah diperuntukan oleh pihak PTPK.

Dalam perbincangan tersebut beberapa isu telah dibangkit oleh pihak FeMAC kepada PTPK diantaranya kebanyakan pusat – pusat bertauliah yang mempunyai penarafan bintang 1 dan 2 tidak layak untuk mendapat dana pinjaman tersebut. Oleh itu pihak FeMAC telah memohon agar mempertimbangkan perkara tersebut dengan memberi sekurang – kurangnya kuota minima untuk kelangsungan operasi pusat bertauliah tersebut.

Diakhir perbincangan tersebut pihak FeMAC merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PTPK yang selama ini telah banyak membantu pusat – pusat bertauliah ahli FeMAC dalam memberi dana pinjaman bagi pelajar – pelajar yang berminat didalam latihan TVET.

Back To Top