PEMBENTANGAN WIM
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGESAHAN KURIKULUM & PENILAIAN (JKPKP) BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WIM) BERDASARKAN NOSS BAGI TUJUH (7) AGENSI PELAKSANA TVET SIRI 1/2019
Kesinambungan dari bengkel WIM yang telah berlangsung sebelum ini, pihak FeMAC sekali dijemput untuk menghadiri mesyuarat JKPKP ini. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Evelyn Putrajaya telah berlangsung selama 5 hari berturut – turut iaitu bermula dari tarikh 22 Julai sehingga 26 Julai 2019 dengan pelbagai bidang telah disahkan pada mesyuarat tersebut.
Pihak FeMAC diwakili oleh Pn Marzaroten bt Yahya, Exco Kebangsaan FeMAC untuk pengesahan NOSS Pembuatan Roti yang diadakan pada 25 Julai 2019 (Khamis). Pihak FeMAC juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang telah memberi kepercayaan kepada satu – satunya persatuan Pusat Bertauliah Swasta dalam mengambil bahagian didalam pembangunan WIM dalam pelbagai bidang NOSS bagi 7 Kementerian.