PELANCARAN NOSS DRON ROV DAN KHAT
SEMINAR NOSS – INDUSTRY ENGAGEMENT 2019: MEMPERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERKUALITI
Pihak FeMAC telah dijemput untuk mengambil bahagian didalam Majlis Pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Baharu 2019 Bagi Bidang Drone Piloting, Remotely Operated Vehicle (ROV) & Islamic Calligraphy dan Seminar NOSS – Industry Engagement 2019: Memperkukuh Kerjasama Pembangunan Modal Insan Berkualiti yang telah diadakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia pada 24 Julai 2019 (Rabu) bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.
Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Suimi bin Abd Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan FeMAC telah diwakili oleh Setiausaha Agung FeMAC, En Mohd Zikri bin Dato’ Mohd Zaihan dan Pen. Setiausaha Agung Tc Abdul Hafiz Bin Mohamad Noor untuk menghadiri seminar tersebut yang berlansung selama sehari.
Dari hasil seminar tersebut pihak FeMAC telah mengambil makluman isi kandung NOSS baru yang telah dilancarkan ini. Untuk itu pihak FeMAC mengharap agar semua pusat bertauliah swasta ahli FeMAC mengambil peluang baru ini dalam menambah bidang NOSS pembelajaran di pusat latihan masing – masing.