MySKILLS FAIR 2015
Buat julung kalinya, FeMAC dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menganjurkan satu pameran khusus bagi memperkasakan pendidikan kemahiran khasnya buat ahli FeMAC. Pameran yang diberi nama ‘MySKILLS FAIR 2015’ ini telah diadakan pada 14 dan 15 Februari 2015, di Pusat Pameran MidValley.
Pameran ini disertai oleh 49 Pusat Bertauliah, 3 Badan Kerajaan (JPK, PTPK, PSMB) dan 7 ILB (Industry Lead Body) dan telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Dr. Pang Chau Leong (Ketua Pengarah JPK).