Mesyuarat Penyelarasan Bagi Bengkel Penyeragaman Bahan Pengajar Bertulis
Pada 18 Januari 2019 telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Bagi Bengkel Penyeragaman Bahan Pengajar Bertulis (Written Instruction Material (WIM)) berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bil 1/2019.
Mesyuarat tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, JPK Cyberjaya yang dihadiri oleh Timbalan Presiden FeMAC – Tn Hj Mazmadi Bin Mohamad dan Setiausah Agung FeMAC – En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan.
Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk Bahagian NOSS JPK membuat penyeragaman bagi mengurangkan perbezaan yang timbul samada semasa menyampaikan latihan ataupun semasa proses penilaian. Juga bagi untuk meningkatkan kualiti latihan dan pensijilan di kalangan istitusi awam dan swasta.