skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Mesyuarat Penyelarasan antara Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan Persatuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia Bilangan 01 Tahun 2017

Mesyuarat Penyelarasan Antara Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Dan Persatuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia Bilangan 01 Tahun 2017

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Presiden dan Exco FeMAC telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan antara Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan Persatuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia Bilangan 01 Tahun 2017 pada ketetapan berikut :

Tarikh            :  6hb Februari 2017

Masa               :  2.30 petang

 Tempat           :  Bilik Mesyuarat Perdana, PTPK

2.         Mesyuarat ini akan membincangkan mengenai beberapa isu kritikal yang sedang dihadapi oleh Pusat Bertauliah Swasta seperti:

  • Isu kuota pelajar bagi tahun 2017 (Justifikasi dengan peruntukkan kapasiti yang diluluskan oleh JPK)
  • Isu perundangan dan Pelaksanaan Pendaftaran Pusat Bertauliah di PTPK dan juga JPK (perlukan pelarasan yang jelas)
  • Isu PP yang di senarai hitam sebagai Pegawai Penilai kerana pinjaman PTPK
  • Format dari segi kadar yuran pengajian baru
  • Format dari segi margin keuntungan (Margin lama 5%, kadar margin baru 12%)
  • Ruangan format kadar yuran pengajian E dan F dikeluarkan (perlu dibincangkan)
  • Proses permohonan dan perlaksanaan B40 bagi tahun 2017.
  • Lain -lain perkara.

 3.         Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik semua ahli untuk menghantar sebarang usul atau cadangan untuk kami bawa berbincang bersama dengan PTPK. Format usul dan cadangan boleh didapati di bahagian lampiran dan semua usul hendaklah dihantar kepada secretariat FeMAC selewat-lewatnya sebelum 02 Februari 2017. 

Jika pihak Tuan mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC ditalian 019-381 8855.

Sekian Terima Kasih.

LAMPIRAN :

  1. Memo FeMAC – 20170126124944205
  2. SURAT JEMPUTAN PTPK – surat panggilan mesyuarat_6.02.2017
  3. FORMAT USUL DAN CADANGAN – USUL DAN CADANGAN MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DAN PERSATUAN PUSAT BERTAULIAH JPK MALAYSIA BILANGAN 01 TAHUN 2017
Back To Top