skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Mesyuarat Kluster Pembiayaan

Mesyuarat Penyelarasan Technical Working Group Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TWG-TVET) Bil 2/2019 bagi penyediaan Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe-12)


Bertempat di Kementerian Pendidikan Malaysia, Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia telah dijemput pada 19 Ogos 2019 (Isnin)  untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Technical Working Group Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TWG-TVET).

Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh YBrs. Ts Dr Mohd Naim Bin Yaakub dan pihak FeMAC telah diberi kepercayaan untuk memberi input berkenaan halatuju kolej – kolej kemahiran swasta JPK seluruh Malaysia bagi penyediaan kertas kerja Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe-12).

Pihak FeMAC telah diwakili oleh Presiden, Ts P Sailanathan, Setiausaha Agung, En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan dan Exco Kebangsaan, En Azizul Bin Mohd Othman. Banyak input telah diberi pada mesyuarat tersebut dan pengerusi majlis telah mengambil maklum untuk diminitkan segala info yang diberi oleh pihak FeMAC.

 

Back To Top