MEMO PTPK : PERMOHONAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN PLK SECARA ATAS TALIAN SKIM PINJAMAN LEPASAN SEKOLAH BAGI TAHUN 2018
Salam sejahtera kepada semua ahli FeMAC,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan pendaftaran pelatih secara atas talian (online) Skim Pinjaman Lepasan Sekolah dilaksanakan mengikut sesi. Sehubungan dengan itu, permohonan pendaftaran pelatih PLK boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan Pinjaman (SPPiv) seperti ketetapan berikut :-
- Sesi 1-15 Januari hingga 28 Februari 2018
- Sesi 2-1 April hingga 31 Mei 2018
- Sesi 3-1 Julai hingga 31 Ogos 2018
- Sesi 4-1 Oktober hingga 30 November 2018.
3. Bagi memastikan segala urusan permohonan pendaftaran pelatih dibuat dengan teratur dan lancar, bersama-sama ini disertakan tatacara permohonan pendaftaran pelatih seperti Lampiran A. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi Puan Suriani Bt Abdullah ditalian (03-4047 6156/surianiabdullah@ptpk.gov.my) dan Puan Nur Aisyah bt Midhal ditalian (03-40476178/ nuraisyah@ptpk.gov.my).
Bersama ini dilampirkan
- memo rasmi daripada PTPK : 5_6181716342886891548
- slaid tatacara pengisian jadual kursus dan pendaftaran pelatih pinjaman latihan kemahiran secara atas talian. : 5_6181716342886891549
Segala kerjasama ahli berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
Maju Membangun Bersama FeMAC.