skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

MEMO : PENYERAHAN USUL DAN CADANGAN AHLI FeMAC MENGENAI ISU DAN MASALAH DI PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara diatas.

Pihak FeMAC menerima banyak aduan daripada ahli FeMAC mengenai pelbagai masalah yang dihadapi oleh PB seperti kuota yang tidak mencukupi, masalah sistem PTPK dan lain-lain lagi.

Sehubungan dengan itu, pihak FeMAC akan mengambil tindakan dan membawa aduan dalam bentuk bertulis ini kepada pihak atasan yang terlibat. Untuk pengetahuan semua ahli, ketika ini Presiden dan Timbalan Presiden sedang menunggu jawapan daripada Pengerusi PTPK, Ybhg Dato’ Haji Mohd Shariff bin Hussin untuk perjumpaan seterusnya bagi membincangkan isu-isu yang dialami oleh PB.

Oleh yang demikian, semua ahli FeMAC yang menghadapi masalah dengan pihak PTPK, anda dikehendaki mengisi borang aduan di bahagian lampiran dan menghantar borang tersebut ke pihak FeMAC samada melalui emel dioperation@femac.org.my atau melalui faks di 03-7772 6655 atau melalui talian whatsapp di 019-3818855.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungiEn Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC di talian 019-381 8855. Kerjasama daripada ahli untuk mengutarakan isu dan cadangan mengenai PTPK adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Back To Top