skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Majlis Penyerahan Hadiah Promosi Bayar dan Menang PTPK

Pada 21 November 2019, bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Penyerahan Hadiah Promosi Bayar dan Menang anjuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

YB Dato’ Haji Mahfuz Bin Haji Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia turut hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang – pemenang yang bertuah untuk program 1 yang telah berakhir pada 30 September dan juga melancarkan program 2, Promosi Bayar dan Menang PTPK yang telah bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2019.

Pihak FeMAC telah diwakili oleh beberapa ahli Exco untuk hadir bagi menyaksikan majlis pelancaran dan penyampaian hadiah tersebut.

Back To Top