skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Majlis Pelancaran Skill Malaysia 2.0

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah perkenan untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Skill Malaysia 2.0, Skills4All; Towards New Collar Job telah berlangsung pada 3 Disember 2019 bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Ipoh, Perak.

Turut hadir pada majlis tersebut YB Tuan Kulasegaran a/l Murugeson, Menteri Sumber Manusia ,YB Dato’ Haji Mahfuz Bin Haji Omar , Timbalan Menteri Sumber Manusia dan pegawai – pegawai dari Kementerian Sumber Manusia seperti Tn Hj Zaihan Bin Shukri (Ketua Pengarah JPK), En Mohd Fathullah Bin Mustafa (Pengurus Besar PTPK) dan lain – lain.

FeMAC telah diwakili oleh ahli FeMAC dari Zon Utara dan Exco Kebangsaan FeMAC untuk hadir ke Majlis tersebut.

Back To Top