Majlis Konvokesyen Zon Tengah Kali ke 3-2020
Satu majlis istiadat majlis Konvokesyen Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) Zon Tengah Ke 3 tahun 2020 telah berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyaksikan seramai 517 orang graduan menerima Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Sijil Pengajar Kemahiran Malaysia.
Turut berbesar hati untuk hadir merasmikan majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Haji Mahfuz Bin Hj Omar berserta yang hadir sebagai tetamu kehormat – Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Tn Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembanguan Kemahiran (PTPK) En Mustafa bin Ali dan Pendaftar Malaysia Board of Technologies (MBOT) , Ts Mohd Nazrol bin Marzuke, ahli – ahli Exco FeMAC, ahli – ahli FeMAC, ibu bapa dan keluarga graduan.
Pihak FeMAC ingin merakamkan ucapan tahniah kepada 12 ahli Pusat Bertauliah FeMAC yang terlibat dan sekretariat – sekretariat yang telah bertungkus-lumus bagi merealisasikan majlis tersebut dengan jayanya. Antara 12 Pusat Bertauliah yang terlibat adalah :
- Kolej CQ Tec (Sunway)
- Heritge Culinary Academy
- Akademi Kemahiran Minda ISBA UK
- Mizumi Beauty Academy
- Kolej Teknologi MEA
- Kasih Anana Pro-Skills Institute
- Skill College of Industrial Technologies
- Kolej Dayatech
- Dual Training Institute
- Sense Perfect International College
- I-System Training Centre (Klang)
- Vocational Education Training Academy
Juga ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang hadir bagi mengambil bahagian sebagai pempamer seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Malaysia Board of Technollogies (MBOT).
Tahniah kepada semua graduan yang telah menerima sijil masing – masing.