skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Majlis Konvokesyen RPEL 2019

Pada tanggal 28hb September 2019 bersamaan hari Sabtu bertempat di Dewan Tuanku Cancellor, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Telah berlangsungnya majlis penganugerahan Diploma RPEL 2019 kali yang ke 3. Dimana majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Amir Bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Seramai 1003 graduan dari Pusat Bertauliah ahli FeMAC seluruh Malaysia telah hadir untuk menerima sijil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) masing – masing yang juga dikenali sebagai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4.

Pihak FeMAC ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan dan juga ucapan terima kepada VVIP, VIP dan juga keluarga graduan yang telah hadir pada majlis tersebut.

Harapan pihak FeMAC, agar program RPEL ini perlu diteruskan sebagai salah satu langkah membantu kerajaan di dalam sasaran untuk mencapai 35% pekerja mahir menjelang tahun 2030 dan juga bagi membantu golongan B40 dalam memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Oleh itu pihak FeMAC akan meneruskan usaha bagi membantu semua Pusat – pusat Bertauliah Ahli FeMAC dalam mencapai sasaran tersebut didalam era Revolusi Industri 4.0 (Industrial Revolution 4.0) – I.R 4.0 menjelang tahun 2030.

Back To Top