MAJLIS KONVENSYEN 3PTEB 2019 ANJURAN PPTEM
Bertempat di Bank Rakyat Convention Centre telah berlangsungnya satu Majlis Konvensyen 3PTEB 2019 (Pelan Pelaksanaan & Pemerkasaan Transformasi Ekonomi Bumiputra) dan juga perasmian RIZQMALL.MY iaitu portal jualan melalui online “Malaysia Online Hypermarket” yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Permerkasaan & Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM) pada 3 Julai 2019 (Rabu). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. Pihak FeMAC telah mengambil bahagian sebagai pempamer pada hari tersebut dan beberapa pusat bertauliah (PB) ahli FeMAC telah turut mengambil bahagian sebagai pempamer bersama.
Diantaranya PB yang mengambil bahagian adalah Kasih Anana Skill Pro, Kolej Teknologi MEATECH dan PLP Skills Institute. Dalam pameran tersebut YB Menteri telah menunjukkan minat kepada FeMAC, dimana hasil penerangan dari Setiausaha Agung FeMAC, En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan beliau menyatakan kesemua PB-PB Swasta ahli FeMAC berpotensi untuk melahirkan bakal – bakal usahawan seperti mana disasarkan didalam Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN 2030) mengikut arus pembelajaran teknologi I.R 4.0. Juga bagi membantu untuk proses pengalihan pekerja asing dan bagi mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.