Kursus Induksi SLDN Anjuran FeMAC
Pada 20 Februari 2019 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILP KL) telah berlangsung satu program Induksi Anjuran FeMAC. Di mana pada program tersebut dihadiri oleh ahli – ahli FeMAC seluruh Malaysia.
Pihak FeMAC amat berterimakasih kepada penceramah jemputan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran En Ahmad Supawi Bin Osman (Sesi Pagi) dan En Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi (Sesi Petang) yang telah sudi memberi ceramah berkenaan kursus induksi tersebut.
Hasil dari program kursus induksi ramai peserta telah dapat memahami dan mengetahui cara –cara untuk mendaftar pusat bertauliah masing – masing sebagai Pusat Bertauliah SLDN. Pihak FeMAC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli FeMAC yang hadir pada hari tersebut.