Kunjungan ke Kementerian Sumber Manusia
Pagi ini saya menerima kunjungan daripada Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) di pejabat saya. Satu perbincangan telah diadakan yang membincangkan beberapa perkara berbangkit antaranya mengenai dana latihan kemahiran yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) – Pinjaman Latihan Kemahiran
Saya amat berterima kasih di atas segala input dan pandangan daripada pihak FeMAC yang sangat membantu dalam usaha penambahbaikan strategi memajukan bidang TVET dalam negara.
#KementerianSumberManusia
#MalaysiaMADANI
#Sivakumar