KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
KUNJUNGAN HORMAT PERSEKUTUAN PUSAT BERTAULIAH JPK MALAYSIA (FEMAC) BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN
Pihak FeMAC telah dijemput oleh YB Dato Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan untuk mengadakan kunjungan hormat pada 23 Julai 2019 (Selasa) bertempat di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Pada kunjungan hormat tersebut pihak FeMAC telah membentangkan beberapa agenda berkenaan ahli – ahli FeMAC yang secara keseluruhannya merupakan usahawan didalam bidang pembelajaran TVET dan industri TVET. Juga hasil keluaran dari Pusat – pusat bertauliah swasta iaitu pelajar yang sedang atau yang akan menamatkan latihan dapat memenuhi kriteria Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN 2030) seperti yang telah disasarkan oleh Kerajaan.
Dari hasil kunjungan hormat tersebut YB Menteri berpuas hati dengan input dan sokongan pihak FeMAC didalam pembangunan industri pembelajaran TVET.