skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

KONGSIKAN KISAH KEJAYAAN LEPASAN PELAJAR – ALUMNI PELAJAR TVET DI PUSAT BERTAULIAH ANDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada ahli FeMAC,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pihak FeMAC sedang merangka satu data success story pelajar-pelajar TVET di bawah FeMAC untuk diangkat ke pengetahuan ke Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak supaya YAB Perdana Menteri mengetahui bahawa PB yang bernaung di bawah FeMAC juga mempunyai kehebatan sendiri dan setanding dengan mana-mana Pusat-pusat Latihan Awam yang terdapat di Malaysia.
 
Sehubungan dengan itu, FeMAC memohon kerjasama daripada semua PB Ahli FeMAC untuk memberi kisah-kisah kejayaan lepasan pelajar TVET anda dari segi biodata, bidang SKM yang diambil, pekerjaan sekarang dan tangga gaji mereka. Kisah kejayaan ini akan disiarkan di dalam website FeMAC dan akan digunakan di dalam setiap pembentangan bersama prospek seperti guru kaunselor di sekolah menengah dan pelajar-pelajar lepasan sekolah. Anda juga boleh sertakan lampiran gambar calon bekerja di industri atau artikel daripada surat khabar atau mana-mana media bagi menyokong lagi kisah kejayaan tersebut. Dilampirkan format yang perlu diisi oleh PB anda dibahagian lampiran. 
 
Sehubungan dengan itu, jom kongsikan kisah kejayaan pelajar-pelajar TVET lepasan PB anda. Kerjasama daripada anda amatlah dihargai. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC ditalian 019-3818855.
1. Pembentangan “PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN DI DALAM TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING’ – TVET ADALAH PILIHAN UTAMA BUKAN ALTERNATIF oleh Haji Mazmadi bin Haji Mohamad, Timbalan Presiden FeMAC pada Terjah Kerjaya SMK Dato” Penggawa Timur Johor Bahru.
2. Majlis dan ceramah tentang TVET oleh FeMAC di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Alif, Johor seramai 120 orang pelajar. 
3. Majlis dan ceramah tentang TVET oleh FeMAC di SMK Tun Fatimah Hussin, Johor Bharu
Back To Top