Karnival Peduli Rakyat
Pada 6 – 8 Disember 2019 satu Karnival telah dianjurkan oleh Persatuan Agropreneur Selangor (AGROSEL) bertempat di Ideal Covention Centre (IDCC) Shah Alam.
Pihak FeMAC telah dijemput untuk mengambil bahagian sebagai pempamer pada karnival tersebut dengan diwakili dari Geomatika Skill Institute, System & Skill Training Concept (SSTC) dan Kolej Megatech.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak penganjur untuk menarik pengunjung hadir ke karnival tersebut dengan sasaran seramai 100,000 orang pengunjung.