logo (1)
Loading ...
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365
  Salam 1 Kemahiran, Perhatian kepada semua Ahli FeMAC, anda dijemput ke " MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2015" yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Berikut merupakan butiran lanjut majlis berkenaan :-

Tarikh : 20 Oktober 2015

Masa : 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari

Tempat : Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya

Pakaian : Pakaian Korporat Pusat Bertauliah Masing-Masing

  Masuk adalah PERCUMA. Pengangkutan (Bas) juga disediakan kepada pelatih/pelajar (kawasan Lembah Klang sahaja). Makanan tengahari juga turut disediakan. Sehubungan dengan itu, ahli FeMAC dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 40 orang pelatih/pelajar yang mewakili Pusat Bertauliah masing-masing. Kepada Pusat Bertauliah yang berminat, Sila rujuk lampiran dan mengembalikan borang Maklumbalas Kehadiran (Penyokong) Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2015 (Lampiran D) kepada pihak FeMAC melalui emel di [email protected] SELEWAT-LEWATNYA 8 OKTOBER 2015(Khamis). Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, sila hubungi En Farid bin Haji Ismail, Setiausaha Agung FeMAC ditalian 019-381 8855 atau Puan Nur Syafiqah, admin eksekutif FeMAC ditalian 011-11587411 atau melalui emel di [email protected]. Pihak FeMAC amat berharap agar ahli-ahli FeMAC memberi maklumbalas secepat mungkin. Sekian Terima Kasih. surat jemputan MATEPM_2 Lampiran D (Maklumbalas Kehadiran)

Categories: