skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.       +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365       +603 - 7772 6655       operation@femac.org.my

JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN FeMAC 2016

JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN FeMAC 2016

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara yang tersebut di atas.

 

  1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) buat julung kalinya akan mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan pada 14 April 2016 (Khamis), jam: 7.00 – 11.00 p.m bertempat di Concorde Hotel, Shah Alam, Selangor.

 

  1. Tujuan penganjuran Makan Malam FeMAC adalah bagi merapatkan hubungan sesama ahli FeMAC di seluruh Malaysia. Disamping itu, objektif majlis diadakan untuk meraikan ahli-ahli yang setia dan sentiasa menyokong FeMAC dari awal pertubuhan persatuan ini sehingga sekarang.

 

  1. Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, pihak urusetia FeMAC telah menjemput beberapa orang TETAMU KEHORMAT untuk hadir bersama dalam Majlis Makan Malam FeMAC seperti berikut:

 

  1. Menteri Sumber Manusia : YBhg. Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem.
  2. Menteri Sumber Manusia : Dato’ Sri Haji Ismail Abd. Muttalib
  3. Ketua Setiausaha : YBhg Dato’ Sri Adenan bin Abd Rahman

Kementerian Sumber Manusia   

  1. KSU (Bhg.Dasar) : YBhg Dato’ Mohd Sahar bin Darusaman

Kementerian Sumber Manusia

  1. KSU (Bhg.Operasi) : YBrs. Dr. Mohd Ghazali bin Abas

Kementerian Sumber Manusia

  1. Ketua Pengarah JPK : YBhg Datuk Dr Pang Chau Leong
  2. Pengarah Pendidikan dan SRI : YM Tengku Nurul Azian Tengku Shahriman

Pembangunan Modal Insan (PEMANDU)

  1. Ketua Eksekutif PSMB : YBhg. Dato’ CM Vignaesvaran
  2. Ketua Eksekutif PTPK : En Abd Halim bin Muhamad Salleh
  3. Pengarah CIAST : En Suimi bin Abd Majid

 

  1. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak FeMAC amat berbesar hati menjemput Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke Majlis ini. Pihak FeMAC juga berbesar hati sekiranya pihak Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat menyumbang 1 meja untuk 10 orang seperti dinyatakan di dalam BORANG TEMPAHAN dalam usaha menjayakan majlis ini   Disamping itu, mana-mana Pusat Bertauliah yang ingin memberi sumbangan berbentuk cenderahati untuk “lucky draw” semasa Majlis Makan Malam FeMAC berlangsung, nama pusat bertauliah pihak tuan/puan akan dicatatkan dalam buku cenderahati dan dihebahkan oleh pengacara majlis sebagai penghargaan di atas sumbangan ikhlas tersebut.

 

  1. Bersama-sama ini disertakan Tentatif Dinner 2016 dan borang tempahan annual dinner Majlis Makan Malam FeMAC untuk perhatian dan makluman Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

 

  1. Sebarang kemusykilan, pihak Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi Setiausaha Agung FeMAC iaitu En. Mohamad Farid Bin Ismail ditalian 019-3818855 atau En Mohd Zikri bin Dato’ Mohd Zaihan, Penolong Setiausaha Agung ditalian 017-2003066 atau Mr Tan Chin Seng, Penolong Bendahari selaku Pengerusi Majlis Makan Malam FeMAC ditalian 019-7352573 atau Pn Nur Syafiqah bt Mohd Noor ditalian 011-11587411 atau melalui emel di operation@femac.org.my.

 

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

 

Sekian, terima kasih.

Back To Top