JEMPUTAN KHAS KEPADA AHLI FEMAC BAGI MENYERTAI KARNIVAL KEMAHIRAN, PENDIDIKAN DAN KERJAYA 2016.
Sukacitanya merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Telok Kemang, Port Dickson akan menganjurkan Karnival Kemahiran, Pendidikan Dan Kerjaya 2016 dan kami amat berbesar hati untuk menjemput Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang berdaftar dengan FEMAC bagi menyertai karnival ini.
- Butiran program seperti tetapan berikut :
- Berdasarkan keputusan peperiksaan SPM 2015 yang baru diumumkan di seluruh negara, objektif utama Karnival Pendidikan, Kemahiran Dan Kerjaya 2016 ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi latihan kemahiran, institut pengajian tinggi dan sektor swasta di seluruh Malaysia. Di samping itu, objektif lain adalah untuk membolehkan pelajar terutamanya lepasan PT3 / PMR / SPM / SPMV / STPM untuk membuat pilihan melanjutkan pelajaran mengikut kelayakan - kelayakan dan minat mereka. Pada masa yang sama, Karnival Pendidikan, Kemahiran Dan Kerjaya 2016 ini juga akan melibatkan belia – belia ataupun warga Port Dickson yang sedang mencari pekerjaan.
- Antara aktiviti lain yang akan diadakan ialah :
- a) Temuduga terbuka
- b) Ceramah motivasi dan kerjaya
- c) Demonstrasi oleh kolej – kolej
- Berdasarkan perancangan, sebahagian besar sekolah – sekolah menengah terutamanya daripada daerah Port Dickson dan daerah – daerah lain yang dijemput akan menyertai program ini dan dianggarkan peserta berpotensi yang hadir melebihi daripada 1000 – 1500 orang pelajar dan ibu bapa.
- Borang penyertaan dan maklumat lanjut juga disertakan bersama dengan surat jemputan ini. Institusi yang ingin mengambil bahagian hendaklah mengesahkan penyertaan selewat – lewatnya pada 25 Mac 2016 kerana tempat adalah terhad. Jika berhasrat untuk mengadakan demonstrasi berkaitan program yang ditawarkan juga adalah amat digalakkan.
