Jemputan ke Mesyuarat Bersama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB)
Pihak FeMAC telah dijemput untuk ke mesyuarat Halatuju dan Kerjasama Program Belia Mahir untuk tahun 2020 yang berlangsung di SPACERUBIX, Puchong Selangor.
Saudara Mohammad Rizan Hassan selaku Setiausaha Agung untuk Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) telah memberi penerangan berkenaan halatuju tersebut dimana telah dapat membuka minda para hadirin berkenaan trend – trend terkini para belia generasi “Z”.
Turut hadir untuk memberi taklimat adalah wakil dari Positive Youth Development (PYD), Spacerubix dan stesen radio RAKITA. Banyak perkara telah dikongsikan oleh wakil – wakil tersebut dimana sedikit – sebanyak akan memberi info berguna di dalam menarik minat para belia dalam pembelajaran TVET.
Pihak FeMAC berterima kasih kepada PKPB yang telah mengadakan taklimat tersebut bagi membantu FeMAC dan ahli – ahli FeMAC dalam mendekati dan memahami tatacara budaya generasi “Z”.