Industry 4WRD Summit
Pada 31 Oktober 2019, pihak FeMAC telah dijemput oleh Federation of Malaysian Skills Development Centres (FMSDC) sebagai panel untuk sesi pembentangan pada sidang kemuncak “Industry 4WRD”. Majlis tersebut telah dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Federation of Malaysia Manufactures (FMM) yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Presiden FeMAC telah mewakili FeMAC sebagai ahli panel yang ke 2 dengan membawa tajuk perbincangan “Revitalising TVET towards Mass Customisation Manufacturing”.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Darel Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Turut hadir adalah pemain industri dari dalam dan luar negara Malaysia yang juga mengambil bahagian sebagai pempamer pada majlis yang berlangsung selama 2 hari (30 – 31 Oktober 2019).