skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11

Mesyuarat Agung Tahunan FeMAC (AGM) kali ke-11 telah diadakan pada 26 Mac 2015, bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).

Seminar Persidangan Pusat Bertauliah Swasta, yang bertajuk ‘PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP THE WAY FORWARD’  sempena AGM kali ini telah berlangsung pada sesi pagi. FeMAC telah menjemput beberapa panel untuk persidangan ini, iaitu En. Nordin bin Abdul Malek (Penasihat KeHormat FeMAC), YM Tengku Nurul Azian binti Tengku Shahriman (PEMANDU), En. Mohd Ghazali (PSMB), dan En. Fathullah (PTPK).

AGM kali ke-11 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hj Ismail bin Hj Abdul Muttalib. YB Dato’ Sri juga telah menyerahkan Baucer Buku 1Malaysia pada hari tesebut, yang berjumlah lebih RM1. 3juta.

Selain itu, YBhg Datuk Dr Pang Chau Leong (Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran) turut hadir dan memberi ucaptama pada majlis tersebut.

Back To Top