Pertemuan Bersama Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pada Hari Bertemu Pelanggan, Kementerian Sumber Manusia
Pada 1 Oktober 2019, susulan dari laporan oleh media massa berkenaan isu Pusat Bertauliah Swasta pada 29 September 2019, Presiden dan Setiausaha Agung FeMAC telah mengambil keputusan untuk bertemu YB Menteri berkenaan perkara yang telah tular.
Dalam pertemuan tersebut YB Menteri memberi makluman bahawa laporan pihak media tersebut adalah laporan susulan dari berita yang pernah tular sebelum ini.
Pihak FeMAC ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri diatas penjelasanya.