Future of TVET Occupational Standards and the 15th ASSVET International Conference (OSAIC 2019)
Pihak FeMAC telah mendapat jemputan dari Asian Academy Society for Vocational Education and Training (AASVET) untuk menghadiri persidangan yang berlangsung pada 7 Oktober 2019 dan 8 Oktober 2019 yang berlangsung di Putrajaya Marriot Hotel.
Di dalam persidangan tersebut beberapa panel jemputan dari luar negara telah dijemput untuk menjadi panel membentangkan tajuk pembentangan masing – masing. Juga pihak FeMAC telah memanjangkan jemputan ini kepada semua ahli FeMAC hadir.
Diharap info yang dikumpulkan oleh ahli FeMAC yang hadir pada siri persidangan tersebut dapat memberi gambaran dan membantu industri TVET khususnya ahli FeMAC didalam mencapai 35% pekerja berkemahiran yang telah disasarkan oleh pihak Kerajaan.