Enter Coridor TVET Tahfiz
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN TVET TAHFIZ DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2019 OLEH ENTER CORIDOR TRAINING CENTER (ECTC)
Pihak FeMAC telah dijemput oleh Enter Coridor Training Centre (ECTC) untuk menghadiri Majlis Perasmian TVET Tahfiz dan Majlis Sambutan Aidilfitri ECTC 2019 pada 1 Julai 2019 (Isnin) bertempat di Galleri Klang Sentral. YB Dato’ Hj Mahfuz bin Hj Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah hadir untuk merasmikan majlis tersebut dan pihak FeMAC telah diwakili oleh Setiausaha Agung, En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan.
Di dalam ucapan YB Timbalan Menteri ada menyebut, satu keperluan untuk menubuhkan lebih banyak lagi Tahfiz TVET dalam pelbagai bidang di mana akan memberi peluang kepada lepasan pelajar dari sekolah – sekolah Tahfiz untuk mempelajari bidang kemahiran dengan persijilan dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan juga akan melahirkan lebih ramai usahawan dan pekerja yang menghafal Al Quran secara berterusan. Oleh itu ECTC adalah pusat latihan kemahiran swasta yang pertama di Malaysia telah dirasmikan sebagai TVET Tahfiz .