Ekspo Jelajah TVET Zon Utara
Bertempat di Politeknik Seberang Perai pada 19 dan 20 September 2019, pihak FeMAC telah dijemput untuk mengambil bahagian sebagai pempamer pada Ekspo tersebut. Program Ekspo Jelajah TVET Zon Utara adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mempromosikan khasnya pembelajaran TVET ke seluruh negara.
Untuk pempamer bagi Ekspo tersebut pihak FeMAC telah diwakili oleh En Azizul Bin Mohd Othman selaku Exco Kebangsaan wakil FeMAC Zon Utara dan beberapa Pusat Bertauliah dari Zon Utara dan Zon Tengah telah mengambil bahagian. Diantaranya :
- ISBA UK Educational Group – Kuala Lumpur
- Institut Wawasan – Kulim, Kedah
- Noble Institute of Adevance Technical Skills (NIATS) – Seri Manjung, Perak
- Pusat Latihan Kemahiran SLC – Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Geomatika Skill Institute – Tanjung Malim, Perak
- Menara International College – Kampar, Perak