Bengkel Pendaftaran PTPK Bil 2/2019
Bertempat di Bilik Mesyuarat FeMAC pada 27 Ogos 2019, pihak Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) telah menganjurkan sekali lagi Bengkel Pendaftaran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Turut hadir pada sesi pembukaan bengkel tersebut adalah En Mohd Haffeez Bin Mohd Anuar yang mewakili pihak PTPK dan menerangkan berkenaan info terkini dari PTPK.
Pn Marzaroten binti Hj Yahya dan En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan sekali lagi dijemput untuk menjadi fasilitator pada bengkel tersebut bagi menerangkan dan menjawab kemusykilan berkenaan pendaftaran PTPK.
Pihak FeMAC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada bengkel tersebut dan diharap segala info yang disampaikan dapat memberi kefahaman kepada ahli – ahli dalam berurusan dengan pihak PTPK dimasa akan datang.