skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Bengkel Pendaftaran dan Kadar Yuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Bengkel Pendaftaran Dan Kadar Yuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Bengkel Pendaftaran dan Kadar Yuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Bengkel Pendaftaran Dan Kadar Yuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Satu bengkel berkenaan pendaftaran dan kadar yuran PTPK telah berlangsung di bilik Mesyuarat FeMAC pada 17 Jun 2019 (Isnin). Tujuan bengkel tersebut adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli FeMAC serta memantapkan pengetahuan berkenaan tatacara yang lebih tepat untuk permohonan pendaftaran dan kadar yuran kepada pihak PTPK.

Pihak PTPK telah diwakili oleh En Mohd Haffeez Bin Mohd Anuar yang telah memberi penerangan berkenaan keperluan di adakan bengkel tersebut. Turut hadir sebagai fasilitator pada sesi pagi dan petang adalah Pn Marzaroten Binti Hj Yahya (Exco FeMAC) dan En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan (Setiausaha Agung FeMAC) yang telah banyak berkongsi ilmu di dalam bengkel tersebut.

Hasil dari bengkel tersebut ramai dari ahli yang hadir telah berpuashati dan memohon agar bengkel tersebut diadakan dengan lebih kerap agar pengetahuan terkini yang diperolehi dapat yang disalurkan kepada pusat bertauliah masing – masing.

Bagi pihak FeMAC, kami mengucapkan syabas kepada peserta bengkel dan banyak lagi program –program seperti ini akan menyusul lagi, untuk memberi menafaat kepada keseluruhan ahli – ahli FeMAC.

Back To Top