logo (1)
Loading ...
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365
YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan, UNDANGAN DELEGASI DAN PAMERAN AGENSI/ INSTITUSI TVET KE MAJLIS PELANCARAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2.         Seperti YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan sedia maklum, Majlis Pelancaran Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan diadakan pada ketetapan yang berikut: Tarikh             :17 November 2016 (Khamis) Masa              : 2.30 petang - 5.00 petang Tempat           : Dewan Tun Abdul Razak Bank Rakyat Convention Centre Menara Kembar Bank Rakyat No. 33, Jalan Rakyat 50470 Kuala Lumpur. 3.         Oleh yang demikian, pihak Lembaga memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan untuk turut sama membawa delegasi sekurang-kurangnya seramai 50 orang daripada setiap agensi/institusi TVET bagi memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran dan juga sokongan agensi/ institusi TVET dapat mendokong aspirasi penubuhan MBOT untuk menaik taraf dan mengarusperdanakan pendidikan teknologi dan teknikal negara. 4.         Dalam perkara yang sama juga, sukacitanya pihak Lembaga memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan untuk turut serta serta dalam Pameran Lembaga Teknologis Malaysia yang akan diadakan pada sesi yang sama bagi mempamerkan bahan-bahan berkaitan dengan agensi/institusi dan Lembaga. 5.         Pihak Lembaga akan menyediakan Shell Scheme booth bersama dengan alatan asas pameran. Adalah dimaklumkan bahawa pihak pempamer boleh memasang bahan-bahan pameran bermula selepas waktu pejabat pada 16 November 2016 dan setiap pameran hendaklah lengkap dan tersedia bermula jam 10.00 pagi pada 17 November 2016. Bersama-sama ini dikemukakan surat undangan rasmi ke Majlis Pelancaran dan Pameran Lembaga Teknologis Malaysia untuk perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan. Sebarang tambahan perincian teknikal dan logistik berkenaan pameran tersebut akan dikemukakan oleh pihak urus setia dari semasa ke semasa. Sesungguhnya kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan dalam menjayakan pameran ini amatlah dihargai. Pengesahan kehadiran bolehlah dibuat di pautan https://goo.gl/forms/QSTWZmpXwCfeHnDH2. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada Encik Nazrol bin Marzuke di talian 012-9141450 atau saya di talian 012-6624266. Sekian, Terima Kasih.

Categories: