RUMUSAN ISU DAN CADANGAN AHLI FeMAC MENGENAI PERMASALAHAN PTPK
Salam Sejahtera,
Dimaklumkan pihak FeMAC telah menerima maklumbalas daripada ahli tentang cadangan dan isu mengenai PTPK. Pihak FeMAC mengucapkan terima kasih kerana ahli memberikan kerjasama dalam membantu FeMAC mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Berikut merupakan rumusan yang telah digabungkan oleh pihak sekretariat FeMAC untuk rujukan Tuan/Puan.
RUMUSAN ISU DAN CADANGAN MENGENAI PERMASALAHAN PTPK DARIPADA AHLI FeMAC latest (Sila klik link ini membaca)
Untuk pengetahuan, pihak FeMAC masih lagi menunggu maklumbalas daripada Pengerusi PTPK untuk perjumpaan Exco Pengurusan FeMAC bagi membincangkan masalah-masalah tersebut.
Sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC di talian 019-381 8855.
Sekian, Terima Kasih.