skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

PERSIDANGAN SUMBER MANUSIA DAN FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD)

Pihak FeMAC telah dijemput untuk hadir ke persidangan Sumber Manusia dan Focus Group Discussion (FGD). Persidangan tersebut telah berlangsung pada 10hb September 2019 di Shafbury Asteria Cyberjaya.

Dalam persidangan yang dianjurkan oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) di bawah Kementerian Sumber Manusia, FeMAC telah diwakili oleh Exco Kebangsaan FeMAC didalam beberapa kumpulan bagi perbincangan tersebut. Antara kumpulan yang diwakili oleh Exco Kebangsaan FeMAC adalah :

FDG 1 : Labour Market Dynamic and Future of Works – Pn Shahralin Binti Abdul Hamid

FDG 2 : Life Long Learning/ Upskilling / Reskilling – Ts P. Sailanathan

FDG 3 : Labour Market Information Data Ware-House – Pn Marzaroten Binti Hj Yahya

FDG 4 : Education in primary and secondary – Dr R. Ravi

FDG 5 : High education in Malaysia – Mr Raja Ratnam

FDG 6 : Labour law reform and one visit policy/ enforcement – En Azizul Bin Mohd Othman

FDG 7 : Decent Work – En Mat Zani Bin Puteh

FDG 8 : TVET Transfromation – En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan

FDG 9 : Social Safety Net/social protection – Tn Hj. Mazmadi Bin Mohamad

Tujuan penganjuran persidangan tersebut adalah bagi percambahan idea para pembuat dasar, pemain industri, dan ahli akademik tentang isu serta cabaran pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan pasaran buruh masa kini dan masa hadapan.

Juga persidangan ini bertujuan untuk memberi input kepada Kementerian Sumber Manusia bagi tujuan menggubal dan merangka National Human Resources Blueprint (NHRBP) dan pendedahan berkaitan transformasi pendidikan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi.

Back To Top